Dalam mencari tiket penerbangan mana yang relevan, teknik yang aku buat adalah membuat perbandingan antara ketiga-tiga syarikat penerbangan ni. Aspek TARIKH aku tetapkan iaitu pada 14 Mac 2015, dan beberapa aspek lain yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan ni dijadikan sebagai aspek yang ingin dilakukan perbandingan.
Setelah dibuat perbandingan, bagi aku tiada beza yang signifikan pun antara harga penerbangan yang ditawarkan oleh MAS, Air Asia dan Malindo Air. Ambil contoh seperti harga tiket pada 14 Mac:
- MAS menawarkan tiket penerbangan RM 269
- Air Asia menawarkan RM 234
- Malindo Air menawarkan RM 255.
Di bawah merupakan perincian perbandingan yang aku lakukan:
TARIKH PENERBANGAN: 14 MAC 2015
|
|||
Penerbangan / Aspek
|
MAS Airlines
|
Air Asia
|
Malindo Air
|
Tiket, Cukai dan Bahan Api
|
RM 220
|
RM
185
|
RM
203
|
Bagasi
|
30 kg free
|
20 kg (RM 30)
|
15 kg free
|
Insuran
|
RM 39
|
RM
9
|
RM
15
|
Booking seat (standard)
|
RM 10
|
RM
6
|
RM
35
|
Meal
|
Termasuk
|
-
|
-
|
Lain-lain
|
-
|
-
|
RM
2
|
Online payment charge
|
-
|
RM
4
|
-
|
JUMLAH
|
RM 269
|
RM 234
|
RM 255
|
Jadi, bagi aku perbezaan untuk harga penerbangan yang ditawarkan tidak begitu ketara. Berdasarkan dapatan aku, Air Asia menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah berbanding dua lagi syarikat penerbangan iaitu RM 234. Jika menjadikan Air Asia sebagai rujukan, Malindo Air menunukkan perbezaan harga sebanyak RM 25 manakala MAS menunjukkan perbezaan sebanyak RM 35. Oleh sebab itu, aku rasa tak banyak beza pun mengenai aspek harga yang ditwarkan. Namun, sebagai pengguna kita harus melihat apa yang kita terima dengan bayaran yang kita berikan.
Apapun, terpulang pada masing-masing atas pilihan yang dilakukan. Cuma, buat masa sekarang ni aku hanya mampu survey je lah.. belum boleh beli lagi memandangkan gaji pun belum masyuuk lagi. Hehe.
Apapun, terpulang pada masing-masing atas pilihan yang dilakukan. Cuma, buat masa sekarang ni aku hanya mampu survey je lah.. belum boleh beli lagi memandangkan gaji pun belum masyuuk lagi. Hehe.
Post ni hanya bertujuan untuk membuat perbandingan tawaran yang diberikan, bukan atas niat lain. Diharap perkongsian ini boleh memberi manfaat pada sesiapa yang nak cuba survey. Ingat, ikut citarasa dan kemampuan anda ketika menempah. Diri kita sahaja yang tahu sejauh mana kemampuan kita. Hehe. Selamat beramal. :-)
Pada sesiapa yang berminat nak survey tiket, bolehlah layari ke pautan yang disertakan di bawah.